Tuesday, April 29, 2008

Pembangkang pro BN?


28 April 2008 telah menyaksikan 222 ahli Parlimen, pejuang-pejuang rakyat Malaysia berhimpun di Parlimen dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia. BN membariskan 140 orang ahli parlimen, 82 ahli parilimen dari kalangan pembangkang termasuk seorang daripada parti bebas. Apa yang menarik perhatian Cik Ida di sebalik upacara mengangkat sumpah ini, ketika waktu pengundian Timabalan Speaker Dewan Rakyat. Pertandingan 3 penjuru di antara 2 orang wakil BN dan juga seorang wakil daripada DAP. Keputusan telah menyebelahi wakil BN, Y.B Datuk Dr. Wan Junaidi yang mendapat 157 undi, manakala rakan beliau Y.B Datuk Ronald mendapat 140 undi manakala Y.B Tan Seng Giaw pula mendapat undi sebanyak 81.

Nampak gaya daripada jumlah undi tersebut, Dr. Wan Junaidi bukan hanya mendapat kepercayaan daripada ahli Parlimen BN sahaja, tetapi seramai 17 orang ahli Parlimen pembangkang juga berminat dengan Dr. Wan Junaidi ini. Tetapi berlainan halnya pula dengan Y.B Tan Seng Giaw mendapat 81 undi yang pastinya daripada rakan-rakan pembangkangnya walaupun Pakatan Rakyat membayangkan mereka akan mendapat undi penuh daripada semua pembangkang sebanyak 82 undi. Mesti bersebab kenapa ada Ahli Parlimen pembangkang tak undi rakan pembangkang.

Di dalam NST, dinyatakan para pembangkang menganggap Y.B Datuk Ibrahim Ali sebagai penyangak kerana tidak mengundi Tan Seng Giaw. Hmm, CIk Ida terfikir, kenapa hanya Datuk Ibrahim Ali saja yang di syaki sebagai penyangak sedangkan lagi 17 orang rakan pembangkang mereka menyokong Y.B Datuk Dr. Wan Junaidi. Takkan lah main teka-teka, tembak-tembak, nama pun undi rahsia.

Bukan niat Cik Ida nak mempolitikkan hal remeh ini, tetapi ini menunjukkan bahawa penerimaan setiap individu itu adalah berbeza, tidak semestinya berlainan fahaman politik, kita perlu menolak terus individu tersebut. Ketelusan 17 orang ahli pembangkang yang mengundi Wan Junaidi telah membuktikan bahawa mereka yakin dengan Wan Junaidi, calon daripada BN, tetapi bagaimana pula dengan gagasan pakatan rakyat yang tidak mampu mendapatkan undi penuh daripada rakan-rakan pembangkang untuk Tan Seng Giaw? Penyatuan dan kebersamaan di antara ahli parti sedikit sebanyak telah digambarkan sewaktu pintu parlimen dibuka.

Apapun Cik Ida berharap agar ahli-ahli Parlimen bagi penggal ini dapat memikul tanggungjawab dengan sebaik mungkin sebagaimana mereka ini hebat menjual diri dan parti melalui janji-janji kepada rakyat sewaktu kempen PRU ke 12 lalu.

Cik Ida - Tunggu janji DAP Pulau Pinang untuk berikan rumah kepada semua anak Pulau Pinang

Friday, April 25, 2008

Babi dan Air - Wayang PKR di Selangor...

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan tentang janji kerajaan negeri Selangor untuk membekalkan air secara percuma kepada pengguna air di seluruh selangor yang mencecah jumlah seramai 1.5 juta orang. Jumlah yang perlu dibelanjakan oleh kerajaan Selangor untuk memenuhi janji manis mereka kepada penduduk Selangor adalah RM 17 juta sebulan. Tetapi sekiranya Kerajaan Selangor berjaya memujuk pihak Syabas untuk membekalkan air, maka selamatlah 17juta duit kerajaan negeri yang perlu di belanjakan setiap bulan.. Jika diikutkan, pelaksanaan pemberian air percuma ini akan dilaksanakan pada bulan ini tapi kerajaan negeri terpaksa tangguhkan janji percuma mereka ini ke bulan Jun kerana konon-kononnya ada banyak aspek yang perlu mereka kaji dari segi soal perundangan yang melibatkan perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Hmm, kenyataan kerajaan negeri ini membuatkan cik ida tersenyum sendiri, kerana nampak gayanya mereka ini bukan saja suka merekacipta janji daripada merealisasikan janji, tetapi melaksanakan perancangan yang tak pernah di janjikan kepada rakyat..


Masa PRU - 12, ada ke PKR ke PAS ke DAP ke janji nak bela babi di Selangor?? Dah tu, 17 juta sebulan untuk bayar duit air sahaja, kat mana la kerajaan negeri nak jana duit sebanyak tu, hm mungkin juga dari keuntungan ternak dan jual babi ke negara China kot.. hahaha jadi fikir-fikirkanlah yer wahai pengundi-pengundi di Selangor, anda semua ibarat menang sorang kampung tergadai..

Cik Ida :- Pengguna air di Selangor, jangan lupa jenguk peti pos untuk ambil bil air bulan ni dan bulan depan. Bulan Jun pun kena la juga tengok sebab mungkin Kerajaan Negeri hantar notis "Maaf, perkhidmatan air percuma tidak dapat dilaksanakan lagi kerana keuntungan babi belum diperolehi"..