Wednesday, May 14, 2008

Kursus Penulisan Blog

Ledakan teknologi maklumat telah mewarnai dunia penulisan pada masa kini sehingga mencetuskan pelbagai polimik, kontroversi dan juga mampu menggugat keselamatan individu serta negara. Hanya kerana tulisan, boleh mengundang rasa tidak puas hati dan kurang senang serta adakalanya karya penulisan itu menyetuh hak dan peribadi seseorang.
Cetusan idea pihak UiTM untuk mengadakan kursus penulisan blog di bawah fakulti komunikasi dilihat sebagai satu wadah baru dalam melahirkan kelompok bloggers yang mempunyai etika serta memahami konsep penulisan dari segi kupasan isu yang ditulis agar hasil karya yang dihasilkan mempunyai kualiti setanding dengan kuantiti bloggers yang semakin ramai dilahirkan. Adalah menjadi harapan kepada saya, selaku penulis picisan blog yang cetek ilmunya ini dapat turut serta di dalam kursus sebegini.


Cik Ida :- Teringin jadi wartawan penyiaranan

1 comment:

Pink Ants said...

tahniah cik ida,dah lama n visit blog ni,tapi baru sekarang berpeluang tulis komen.kira ni kunjungan balas lah..he he...menarik sekali blog dan pendapat anda.syabas.teruskan perjuangan...hmm..kak sha dulupun pernah bercita-cita nak jadi wartawan..